Author Topic: Layanan Mengalahkan Binatang  (Read 1547 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
Layanan Mengalahkan Binatang
« on: February 28, 2019, 02:41:41 AM »
Layanan Mengalahkan Binatang



Aku suka ayat ni:

"Kemanusian hari ini semua datang dengan duit."

Menusuk kalbu betul. Iya lah, sekarang semua orang nak kena kejar sales. Kejar untung. Kejar clients. Kejar 'orang yang perlu ditakutkan dengan berita palsu supaya orang beli insurance dengan aku'.

Ironi sungguh. Tuduh para doktor dan hospital hanya mengejar wang, baru management tip top. Hawau betul.

Semuanya bunga - bunga dekat hospital swasta kan? Di hospital kerajaan semua nya jahanam. Semuanya buruk. Hodoh.


Siap kata layanan di hospital kerajaan macam binatang lagi tu. Eh silap. BUKAN macam binatang, tapi LEBIH TERUK dari layanan binatang. Wow wow wow.

Ya Allah. Tuduhan yang amat melampau. Ketahuilah, kami hanya memberikan terbaik kepada pesakit. Walaupun jika ada kekangan kakitangan dan alatan yang tercanggih dan mahal, kami tetap berikan yang terbaik. Setiap pesakit yang hadir ke klinik ataupun hospital adalah MANUSIA. Kami layan sehabis baik dengan kederat yang ada. Malah, kadang kadang petugas kesihatan yang dilayan seperti binatang. Di herdik. Di marah. Di ludah. Dituduh bukan - bukan.

Jangan lah akibat nak kejar sales, kau lemparkan tuduhan yang tidak berasas. Dimanakah etika berniaga?

Jangan biarkan duit menguasai 'kemanusian' anda.

Frust menonggeng kena tuduh macam ni


Source: Layanan Mengalahkan Binatang

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)

Layanan Mengalahkan Binatang
« on: February 28, 2019, 02:41:41 AM »

 


Powered by EzPortal