Author Topic: Suka Duka Doktor Hensem  (Read 1057 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
Suka Duka Doktor Hensem
« on: March 02, 2019, 02:16:27 AM »
Suka Duka Doktor Hensem


"Doktor, anak dara saya masih single mingle....ni nombor saya. Bertuah saya kalau dapat menantu macam doktor." 

Anda pasti tergamam apabila mendapat pelawaan begini dari seorang makcik yang berumur 60an.

Ini adalah antara cabaran yang harus dilalui seorang doktor lelaki hensem ketika bertugas di hospital. Menurut kata Dr. Borat;

"Kadang - kadang saya layan juga pesakit - pesakit ni. Risau pula jika saya kata saya dah ada teman wanita, remuk pula hati 'bakal mertua' itu."

Begitulah perasaan seorang doktor hensem. Dikala kepenatan menjalankan tugas, masih berusaha keras menjaga hati pesakit.

Bukan senang nak jadi doktor hensem di hospital.

*****************************************

Sudah...sudah...gebang je lebih ni. Saja je nak buat parody sikit. Takkan tak boleh kot?
Setakat ni, belum pernah lagi la Abam MOfrust ditegur sebagai doktor hensem. Benda lain ada la orang panggil. Contohnya:

"Mak ai, macam zombie dah tengok muka kamu ni. Dah berapa hari tak tidur?"

"Ya Allah. Kalau iya pun nak buat ward round, pergi la basuh muka dan sikat rambut tu!"

"Doktor...nah sikit roti ni. Makan dulu. Macam nak tumbang dah makcik tengok."

Lebih kurang macam tu la orang tegur. 

Tapi ini zaman dulu lah. Back in the old days. Zaman EOD on call dan kalau dah teruk sangat back to back call. Lagipun, Abam MOfrust ni sememangnya tak hensem mana pun. Badan pun gemok. Abam kawin pun disebabkan hati yang murni sahaja. Muka memang habuk tak hensem. Tu sebab pakai topeng.

Elok la kalau boleh maintain bergaya dan berketerampilan selalu. Zaman sekarang ni, expectation masyarakat tinggi. 

Walaubagaimanapun harus di ingat, sebagai seorang doktor, nyawa pesakit adalah priority. Jangan disebabkan nak jaga remos (gaya rambut), kita teragak - agak untuk membuat prosedur yang boleh menyelamatkan pesakit. Janganlah akibat nak jaga baju yang dah diseterika sampai boleh potong buah tembikai, kita teragak - agak nak melakukan what is necessary to save the patient

Abam pesan je. Bukan nak tegur pun. Ringan - ringan cukup.

Doktor Yang Tak Berapa Hensem

Source: Suka Duka Doktor Hensem

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)

Suka Duka Doktor Hensem
« on: March 02, 2019, 02:16:27 AM »

 


Powered by EzPortal