GEMPAR: Sel kanser takut emas dan bawang putih
Kejap je benda pelik - pelik boleh tular di media sosial kan? Kali ni, di WhatsApp pula. Mungkin tak sempat pakai fungsi delete terbaru kot. Pakai share je, lupa pula nak semak ia fakta atau auta.
Mari kita bedah WhatsApp ini:
1. Sel kanser yang telah dibedah dari seorang wanita.
2. Sel kanser takut dengan bawang putih dan menjauhkan diri.
3. Sel kanser 'sayang' emas sehingga mendekati emas.
4. Zat emas keluar ikut darah haid 'pompuan'.
Oh, untuk lebih gempak haruslah diletakkan bacaan Al Quran sekali. Dah tengok ke video ini? Meh tengok di sini. Saya telah padam bunyi latar belakang untuk menjaga sensitiviti masyarakat.
Gerun kan? Macam hidup pula sel tu.
Kegilaan apakah ini?
Sel kanser bukan boleh lihat semudah itu. Bentuknya bukanlah seperti dodol. Sel kanser tidak boleh 'hidup' diluar badan. Ini mesti gemar menonton filem Spiderman 3 yang ada The Venom kan?
Power betul imaginasi.
Lagi satu yang paling tak tahan adalah teori supaya wanita jangan pakai emas sebab ia akan 'mesra' sel kanser. Korang tak nampak ke ini mainan Rockefellar? Saja je penjahat Zionis tak nak umat Malaysia tidak menguasai emas. Apabila emas tidak lagi dipakai oleh orang Malaysia, segala emas tersebut akan dikumpul di dalam pintu ajaib rahsia Rockfellar.
Maka habis lah rakyat Malaysia papa kedana. Yang ada hanyalah duit Fiat yang amat mudah Rockefellar Zionis memanipulasi.
Sebelum saya lupa, haruslah saya letak hashtag
#sarcasm.
Tolong la jangan tertipu. Kalau percaya juga, sila hantarkan emas yang bertingkat - tingkat kepada saya. Jangan risau, saya takkan pakai. Haram kan. Saya akan simpan saja. Buat aset. Big Pharma lambat sangat bayar commission
'ubat kimia penjahanam umat' kepada saya. Bak mai sikit emas tu.
MOfrustSource:
GEMPAR: Sel kanser takut emas dan bawang putih