Doktor Tali Barut DAJJAL?!!!Sejak jadi doktor, aku memang tak boleh lari dengan kena tuduk jadi:
1. Tali barut Dajjal.
2. Agen Iluminati, Yahudi dan Rockefellar.
3. Pemusnah umat manusia.
4. Agen Big Pharma yang kaut keuntungan dari kesengsaraan penyakit yang dihidap manusia.
Basically, aku jadi doktor ni
automatically jadi kejam, keji dan hinalah.
Rasa macam nak baling je
stethoscope ni dan join Sajat jual produk kosmetik kan?!
Siapa yang tuduh bukan - bukan ni?
Haaa, tak lain tak bukan segolongan penunggang agama yang menentang vaksin.
Kenapa aku cakap penunggang?
Ha, sebabnya disebalik niqab dan imej ala - ala Islamik, anda sendiri boleh tengok cara "Islamic" mereka berbicara di media sosial.
Ha, tengok ayat diorang tu. Tak padan dengan imej yang dibawa.
Amboi amboi amboi, bila dah tak boleh lawan dengan fakta dok kata muka orang macam khinzir pula. Cantik bahasa noooh?
Dah keluar dah tuduhan Dajjal diorang.
Sekarang ni, puak antivaksin penunggang agama ni dok serang wall
Dr Amirul Amzar yang tengah
active menangkis segala tuduhan palsu berkenaan vaksin. Boleh la layan kalau tengah boring untuk lihat sejauh mana "kajian" puak antivaksin ni buat.
Dan paling tak tahan sekali, disebalik imej ala Islamic mereka, idola dan ikon mereka adalah Jenny Mccarthy. Kenal tak Jenny McCarthy ni siapa?
Ustazah kah?
Doktor perubatan kah?
Ahli akademik kah?
Tengok sajalah baris kedua. (Hint: Majalah tu tak dijual di Malaysia tau).
Haaa, ikut je la idola komer tu.
MOfrust
Source:
Doktor Tali Barut DAJJAL?!!!