Author Topic: HOSPITAL 2049  (Read 1274 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
HOSPITAL 2049
« on: February 27, 2019, 07:41:37 PM »
HOSPITAL 2049


*nak lagi feel baca cerita ni, baca sambil dengar lagu Blade Runner.

Berikut adalah senario di sebuah hospital di Malaysia pada tahun 2049....

1. KEMALANGAN

Mr. A: 

"Encik, saya accident dekat highway tadi. Naik motor besar, tiba - tiba langgar kerbau GMO"
  
Petugas kaunter hospital: 

"Oh, encik boleh rujuk kepada Ostard Kopiah Terbang. Encik bawak IC sahaja. Nah saya send location ke telefon encik."

Mr. A:

"Eh, takkan itu aje? Saya tengah sakit ni. Jalan pun terdengket - dengket. Apa punya hospital ni?!"

Petugas kaunter hospital:

"Maaf encik. Hospital ni memang takde doktor. Hospital ni dalam proses nak convert jadi hotel 5 bintang. Zaman sekarang mana orang nak jadi doktor dah encik. Bukan dapat duit pun. Semua boleh belajar di YouTube je. Buang masa je study bertahun - tahun kan? Encik boleh pakai Uber Wheelchair untuk kerusi roda. Murah je." 

Mr. A:

"Betul juga ye. Sekarang ni mana masyook jadi doktor. Aku pun tak nak jadi doktor. Meh aku YouTube cara nak masuk implan dalam kaki ni. Sebelum pergi Ostard Kopiah Terbang, aku order implan siap - siap dari Lazada. Murah je. Barang pun ori."

Petugas kaunter hospital:

"Ok. Konsultasi tadi harganya RM 50. Nak bayar pakai Bitcoin pun boleh."

Mr. A: 

"Eh, macam ni pun boleh kena caj ke?"

Petugas kaunter hospital:

"Iye la. Habis tu, siapa nak bayar kredit telefon aku? Penat - penat aku ambil kursus 2 hari nak ambil PhD dari Samaritan Mission International University. Ingat belon belon masa upacara penyerahan sijil tu percuma ke? Kau tak puas hati, pergi tuntut dari Persatuan Pengguna Negara (PPN). Jangan nak kena tuduh teraniaya.

****************************

Begitulah keadaan yang dapat ku bayangkan pada tahun 2049. 

Tiada siapa nak belajar bersungguh - sungguh untuk membantu masyarakat. Buat apa nak belajar lama - lama bila semuanya dah ada di internet. Segala pendapat professional dianggap salah. Undang - undang yang dikuatkuasa dibuat main - main. 

Hmmmm.....aku harap ia tidak menjadi kenyataan.




#doktorgigipalsu


Source: HOSPITAL 2049

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)

HOSPITAL 2049
« on: February 27, 2019, 07:41:37 PM »

 


Powered by EzPortal