Author Topic: SCAM: Tablet Oksigen  (Read 1102 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
SCAM: Tablet Oksigen
« on: March 03, 2019, 07:34:47 AM »
SCAM: Tablet Oksigen

“Ibu bagi saya tablet oksigen, sebab tu saya mudah ingat dan petah bercakap, terima kasih ibu. Kalau nak tahu apa itu table oksigen, wasap la ibu 019******6”

Terkejut juga baca ada orang percaya mengenai kewujudan tablet oksigen ni. Kunyah - kunyah, terus dapat oksigen. Hebat betul. Mengalahkan kehebatan paru - paru. Walaupun SEDUT - SEDUT TERUS DAPAT OKSIGEN tu PERCUMA sahaja. 

Iklan diatas disertakan sekali dengan gambar si anak. Tak nak post di sini sebab anak itu tidak berdosa. Yang kurang cerdik bukan si anak, tapi orang lain.

Maka, saya pun terus buat carian di Google berkenaan tablet oksigen. Rupa - rupanya memang wujud benda ni. Tapi, cuba baca explanation Google mengenai benda ni.




“Digunakan dalam bidang Aquakultur untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam air untuk organisma akuatik.”

Untuk ikan tu tau?! Bukan untuk orang makan.

Dalam carian lain, saya jumpa juga suatu ‘ubat oksigen’ yang dipasarkan di India. Cuba perhatikan apa yang pelik dalam perincian ‘ubat oksigen’ ini.



“Provides your body with extra oxygen molecules WITHOUT pollution or chemicals.”

Gila, TANPA BAHAN KIMIA. Boleh percaya ke benda ni?
Betul - betul selepas tu di bahagian ingredients pula, terpampang berbagai bahan kimia.

Carbamide. 
Maltodextrin.
Magnesium sterate.
Gelatin.

Benda ni bukan bahan kimia ke?!
Jangan la membuta tuli sangat nak anak bijak tapi buat benda yang tak bijak.

Pil minda ke, ubat oksigen ke, kismis dibaca 30 juzuk ke, takdenya yang boleh membuat anak anda bijak.

Nak tahu rahsia Yahudi?
Anak - anak mereka bijak dengan adanya dorongan ibu - bapa.
Ibu - bapa duduk sekali, bantu anak - anak ulangkaji pelajaran.

Mereka tak percaya dengan benda produk - produk bodoh macam ni. Mereka tak percaya, dengan produk yang tiba - tiba boleh buat anak mereka bijak TANPA ADA USAHA.

Dah ada usaha, lepas tu supplement sekali dengan DOA. Usaha yang dimaksudkan bukannya usaha untuk diKENCING penjual produk bukan - bukan tau.

                                       
Benda mudah, jangan dibuat complicated pula. Percaya sangat benda - benda get quick ni. Adoila.


Source: SCAM: Tablet Oksigen

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)

SCAM: Tablet Oksigen
« on: March 03, 2019, 07:34:47 AM »

 


Powered by EzPortal