DOKTOR BUKAN BOMOHDOKTOR BUKAN BOMOH
Ya. Ini adalah fakta. Ramai rakyat Malaysia yang menganggap doktor perubatan adalah bomoh. Saya beri contoh perkara yang berlaku di klinik baru - baru ini.
“Boleh saya tahu apa sakit encik harini?” tanya seorang doktor kacak dan bergaya kepada seorang pesakit berumur lewat 50an.
“Apa ni?! Doktor la yang patut tahu apa sakit saya. Doktor belajar tinggi - tinggi, tapi tak tau apa - apa!” lebih kurang begitulah jawapan pesakit.
Semenjak itu, doktor tersebut tidak lagi kacak dan bergaya. Sedih betul doktor tu.
Seorang bomoh sudah pasti tidak perlu bertanya seperti doktor tadi. Pesakit masuk sahaja ke dalam bilik, terus boleh keluar diagnosis - “Pakcik PASTI kena santau ni!”.
Entah betul atau tidak, itu lain ceritanya. Sembang memang kuat. Kerbau pun boleh terbang.
Tetapi cara doktor perubatan befikir lain dari bomoh. Sebelum merumus sesuatu diagnosis, seorang doktor bertauliah harus mendapatkan beberapa maklumat tertentu.
1. Perihal penyakit.Dah berapa lama dah penyakit dihidapi?
Adakah berlaku secara akut atau kronik?
Apakah gejala - gejala (symptoms) yang ada?
Banyak sangat nak tanya. Kalau nak tulis semua, boleh buat buku 10 jilid.
2. Sejarah perubatan pesakit (comorbids).
Pesakit ada darah tinggi ke, kencing manis ke, lelah ke? Semua ni kena tahu kerana setiap
satu penyakit ada hubung kait dengan penyakit lain.
3. Sejarah alahan.
Penting untuk tahu samada pesakit allergic terhadap sesuatu ubat atau tidak. Jika silap
berikan ubat kepada pesakit yang punyai alahan, boleh membawa maut.
4. Pemeriksaan fizikal.
Jika dah batuk, sudah tentu paru - paru harus didengar dengan teliti (auscultate). Bukan boleh tibai sahaja nak dengar dekat mana. Kena ketahui anatomi dan fisiologi penyakit. Kalau sakit di kaki, haruslah diperiksa bahagian kaki.
Cuma nak pesan sikit. Kalau dah sakit telinga tu, tak perlu datang ke klinik memakai tudung lilit - lilit sampai kena pakai empat kerongsang. Susah nak buka nanti.
5. Ujian makmal.
Jika keadaan memerlukan, ujian makmal akan dilakukan. Contohnya X ray untuk jangkitan paru - paru dan ujian full blood count untuk jangkitan Denggi.
Setelah semua maklumat diatas dirumus secara holistik, barulah doktor dapat mengemukakan diagnosis dan seterusnya memberi rawatan yang betul. Kenalah ikut step by step.
Kalau bomoh tu iyalah, dia dapat bantuan jin. Doktor - doktor ni bukan reti sangat bab mistik.
Oleh itu, apabila bertemu doktor di klinik atau hospital, jangan marah - marah apabila doktor bertanya macam - macam. Doktor tu nak bantu anda dapatkan rawatan yang terbaik. Bukan nak mengorat tau?!
MOfrustSource:
DOKTOR BUKAN BOMOH