Author Topic: Yahudi ke Orang Kita Yang Salah?  (Read 1606 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
Yahudi ke Orang Kita Yang Salah?
« on: March 04, 2019, 07:31:50 PM »
Yahudi ke Orang Kita Yang Salah?

AGENDA JAHAT DI DALAM INDUSTRI PERUBATAN MODEN.
DARI DR MUH***** **T T**.
TAHUKAH ANDA BAHAWA INDUSTRI PERUBATAN MODEN MERUPAKAN INDUSTRI YANG KEDUA TERBESAR DIDUNIA SELEPAS INDUSTRI MINYAK MENTAH?
PURATA PENDAPATAN TAHUN 2013 UNTUK INDUSTRI PERUBATAN IALAH MELEBIHI USD 1.32 TRILLION.
OLEH KERANA MATLAMAT SEBENAR INDUSTRI PERUBATAN ADALAH UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN,
MAKA JANGAN BERHARAP MEREKA AKAN “MENYEMBUHKAN” PENYAKIT ANDA.
ANDA ADALAH “PELANGGAN TETAP” MEREKA.
PERKATAAN “CURE” ATAU “PENAWAR” ADALAH SUATU ISTILAH YANG
“DI HARAMKAN”
DIDALAM KAMUS KEDOKTORAN DAN MEREKA HANYA MAHU MENGGUNAKAN PERKATAAN
“TREATMENT” ATAU “BERUBAT”.
DI DALAM BAHASA GREEK, PERKATAAN
“PHARMACY”
BERMAKSUD
“SIHIR”.



**********************************************************************

Melayu dan konspirasi Yahudi berpisah tiada.
Semua benda salah. Itu ini salah, tabur fitnah takde bukti. Nama doktor pun entah cekuh dari mana. Meh sini saya tunjukkan ULTIMATE KONSPIRASI ILUMINATI BAWANG PUTIH.


Sebelum anda teruskan cacian, makian dan fitnah yang cakap "orang kerja hospital ni nak cari BUSINESS dan CUSTOMER sahaja", meh sini saya lemparkan beberapa soalan yang boleh menghubungkan sel - sel otak anda. Sila baca:

1. Di Malaysia ni, siapa yang rajin tayang kereta besar dan rumah besar benilai jutaan Ringgit? 
Doktor bertauliah ke?
Doktor dan misi yang duduk ulang alik kerja makan gaji di hospital ke?
Ataupun jenis doktor beli dari universiti TIPU dan beli title Dato' sana sini?



2. Cuba tanya stesen TV dan stesen radio, berapa Ringgit bayaran untuk satu sesi 'primetime' yang pung pang pung pang duk mencanang produk pseudoscience? Dok sembang kosong canang kehebatan produk mereka boleh rawat 1001 penyakit. 

Tanyalah. 

Lima puluh Ringgit ke ribu riban Ringgit?

3. Pernah tak anda tanya berapa PROFIT MARGIN yang founder founder produk kesihatan ni ambil? Berapa untung untuk setiap produk? Jual produk yang gunakan kilang OEM. Bahan yang dikira ikut kilo, campur - campur sikit itu ini, terus keluar jadi produk untuk CUSTOMER. Bayangkan kos untuk hasilkan produk hanya RM 20, tapi jual sampai RM 90. 

Tak ke rasa macam Yahudi untungnya? 

Apa? Kos lain tu pakai untuk marketing? Jangan la macam tu. Gunalah profit itu untuk buat ujikaji produk secara saintifik. Bukan main cekuh testimoni je.

4. Cuba tengok iklan di Instagram, Facebook, TV dan tepi jalan? 
Orang Melayu dok cakap budaya kuning (budaya Barat) mengakibatkan anak - anak muda obses dengan seks.

Tapi cuba tengok iklan di TV dan tepi jalan.

Budak - budak terdedah kepada 'kocok' sini, 'kocok' sana.
Anak - anak tertanya - tanya, apa benda yang 'tahan sampai Subuh'?



***************************************************

Fikir - fikir sendiri, Yahudi yang salah ke ataupun orang 'kita' sendiri?

Tak perlu jawab sekarang.
Fikirkan sahaja dulu.

Kadang - kadang orang kita ni, kutu atas kepala Presiden Amerika boleh nampak tapi gajah bawak Lamborghini depan mata tak nampak.


Source: Yahudi ke Orang Kita Yang Salah?

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)

Yahudi ke Orang Kita Yang Salah?
« on: March 04, 2019, 07:31:50 PM »

 


Powered by EzPortal