Author Topic: Iklan Jamu Yang Menjelikkan  (Read 1592 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
Iklan Jamu Yang Menjelikkan
« on: March 12, 2019, 01:38:11 PM »
Iklan Jamu Yang Menjelikkan

Baru ini, beberapa orang doktor tersohor di media sosial Dr Rafidah Abdullah ada buat havoc kerana mengecam tindakan sebuah stesen TV tempatan memberi anugerah Jamu Terbaik (lebih kurang macam tu lah namanya). Yang peliknya, segmen anugerah tersebut adalah berkenaan "kesihatan" wanita. Tang mana "kesihatan" nya tak tahulah.

Nak tahu tak kenapa Dr Rafidah dan beberapa lagi doktor PERUBATAN BERTAULIAH lain sentap dengan anugerah ini?

Haa, meh tengok contoh "marketing" TERBAIK yang dilakukan oleh beberapa tokoh jamu dan founder produk terkemuka. (Saya tak nak mention nama. Karang indirectly promote pula produk ni).


Ha, saya baca pun rasa nak menggelupor geli. Its very cringe worthy! 


Foooh...bahasa dah macam apa dah ni. Betul ke Melayu ni?


Korek menatang apa la ni?

Saya, sebagai seorang lelaki pun rasa tak patut nak share benda macam ni untuk promote produk sendiri. Dan yang banyak - banyak komen dalam status ini adalah wanita yang berhijab dengan konon wajah Islamik.

Wahai wanita diluar sana. Fikirlah sendiri. Awak nak sokong benda - benda macam ni?
Tak cukup dengan iklan Kocok - kocok, soft porn Bobo dan iklan "produk malam Jumaat" di tepi jalan raya?

Sepatutnya, jika betul nak promote produk Bumiputera dan untuk wanita, fokus lah kepada self empowerment. Jadikan setiap wanita itu cantik budi pekerti dan bijak bestari. Bukannya semata untuk puaskan nafsu.

My exact face when first reading this


MOfrust
Source: Iklan Jamu Yang Menjelikkan

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)

Iklan Jamu Yang Menjelikkan
« on: March 12, 2019, 01:38:11 PM »

 


Powered by EzPortal