Adegan Perubatan Drama MelayuRamai pula yang tag saya harini untuk berikan ulasan berkenaan suatu adegan perubatan dalam sebuah drama Melayu romantis.
Oleh sebab itu, saya gigih pergi ke gedung buku berhampiran untuk mencari Novel Cinta yang diadaptasi menjadi drama Melayu. Penat woh, tapi apa saja untuk mu wahai pembaca setia... sebenarnya tak sanggup nak layan Novel Cinta Melayu. Gambar muka surat ni ada orang share dalam group WhatsApp. Banyak lagi buku lain saya boleh beli.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dah ada komen dah pun pasal adegan ini. Saya pun tak faham langsung apa yang pelakon tu goreng. Tapi kalau ikutkan isi kandungan novel asal, apa yang ditulis adalah legit. Takde la pula dia sebut pasal uterus kiri atau kanan. Yang ditulis adalah ovari.
Bila tengok tulisan asal ni pun baru dapat tahu kenapa tulang pinggul boleh patah. Ku ingatkan komplikasi pembedahan, rupa - rupanya disebabkan kemalangan yang lalu.
Jadi, siapa yang silap? Definitely not the author.
Tapi, sebagai seorang yang pernah menjadi pelakon tambahan, saya tahu betapa susahnya nak berlakon. Tambah tambah lagi ada pelakon hensem di depan mata. Mesti dup dap dup dap jantung sampai bertarabur skrip.
Banyak kali dah pesan dekat penerbit drama Melayu, lain kali upah la doktor untuk screen dulu sebelum tayang. Kan dah jadi bahan hiburan netizen.
Source:
Adegan Perubatan Drama Melayu