Author Topic: 5 Sebab Anda Patut Frust Dengan Seorang Peneman Wanita Bersalin Ini  (Read 1133 times)

ahmadmok

  • Rank: House officer
  • *
  • Posts: 0
5 Sebab Anda Patut Frust Dengan Seorang Peneman Wanita Bersalin Ini

Anda mungkin nampak harini ramai doktor - doktor dan staff kesihatan yang meroyan di media sosial berkenaan kematian seorang bayi. 

Kenapa mereka mengamuk ni? Apa dah jadi?

Begini ceritanya, seorang bayi yang tidak berdosa telah arwah akibat tindakan dan nasihat seorang "peneman ibu mengandung" yang "menenangkan" seorang ibu untuk bersalin di rumah tanpa bantuan perubatan.

Nampak 'innocent' sahaja kan?
Ada beberapa perkara yang membuatkan ia tidak berapa 'innocent'.

1. Si ibu bersalin di rumah TANPA ada bantuan daripada individu yang terlatih dalam medical emergencies. Hanya ada suami dan kolam air mini.

2. Plan untuk bersalin di rumah tidak dibincangkan langsung dengan perawat di Klinik yang merawat si ibu. Jika nak ikut apa yang dibuat di UK pun, ikutlah protocol yang betul.

3. Semasa bersalin, komplikasi telah berlaku dimana bayi telah lemas akibat masa 'labor' yang terlalu lama. (Saya tidak boleh nyatakan dengan terperinci sehingga siasatan selesai).

4. Si "Peneman Ibu Mengandung" meneman dimana? Ala, WhatsApp kan ada. Voice message je. Macam tu lah istilah teman. Bukan free tau. Berbayar. 

5. Apabila sedar akan komplikasi yang berlaku baru terkejar - kejar membawa Si Ibu dan bayinya yang sudah tiada ke hospital.

Lima point di atas tak cukup untuk membuat anda meroyan?

Saya berikan lagi satu point bonus.



Beberapa bulan yang lepas, seorang "Peneman" ini telah menghina dan menuduh perawat di Hospital Shah Alam sebagai kejam. Yang peliknya, pihak hospital telah mejalankan siasatan dan didapati IBU DAN BAYI SIHAT DAN SELAMAT.

Bayi sihat, ibu pun sihat. Tetapi perawat di hospital KEJAM.

Kali ini bagaimana pula?
Ibu sihat?
Bayi sihat tak? 
Jika usaha baik staf Hospital Shah Alam dianggap kejam, bagaimana pula tindakan yang menyebabkan kematian bayi yang tidak berdosa ini?

Anda rasa frust?
Saya LAGI Frust


Source: 5 Sebab Anda Patut Frust Dengan Seorang Peneman Wanita Bersalin Ini

Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)


 


Powered by EzPortal